Frequently Ask Questions

01. Bagaimana cara membuat order?

02. Bagaimana cara menggunakan Shopping Cart?

Anda perlu register terlebih dahulu dan sahkan registration melalui email anda. Kemudian anda boleh log in dan mula membeli. Anda akan menerima invoice melalui email secara automatic dari admin dalam masa 1-2 minit selepas anda submit order. Sila periksa inbox atau spam box. Invoice mempunyai detail cara bayaran dan total harga yang dibeli.

03. Bagaimanakah cara pembayaran untuk setiap order?

  • Billpliz: pembayaran menggunakan sistem autopay di website
  • Direct bank transfer: pembayaran melalui online transfer (Bukti pembayaran perlu di email kepada sales@colorblast.my)

04. Bolehkah saya melakukan online transfer dari bank lain selain Maybank dan CIMB?

Boleh, tetapi bukti bayaran yang lengkap beserta online receipt atau printscreen perlu disertakan semasa email kepada sales@colorblast.my

05. Saya sudah memasukkan email admin semasa membuat online transfer, perlukah saya email lagi kepada admin untuk memaklumkan bayaran telah dibuat?

Ya, walaupun email dari bank diterima anda masih perlu emailkan kepada admin beserta bukti bayaran kerana nama order dan nama dari bank berkemungkinan tidak sama dan menyukarkan admin untuk merekod siapa yang membuat bayaran.

06. Apakah yang saya perlu lakukan selepas membuat bayaran?

Reply semula email invoice yang diterima sebelum ini. Kepilkan bersama-sama bukti bayaran seperti resit, printscreen atau dokumen transaksi.

07. Bilakah saya akan mendapat respon dari admin selepas email bukti bayaran telah dihantar?

Semua email akan dibalas dalam masa 48 jam waktu bekerja. Sila ambil perhatian, pihak Color Blast tidak akan membalas email anda serta merta. Untuk membalas email satu per satu perlu mengambil masa dan mengikut masa bekerja. Dalam keadaan tertentu seperti email yang terlalu banyak, kemungkinan masa untuk membalas email akan melebihi 48 jam.

08. Saya telah emailkan bukti bayaran kepada admin tapi masih tidak mendapat maklum balas setelah lebih 48 jam. Apa yang perlu saya lakukan?

Periksa email inbox anda dan juga di bahagian SPAM BOX. Berkemungkinan email akan masuk ke dalam SPAM BOX. Urusan reply email tidak dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad kerana hari cuti.

09. Berapakah tempoh penghantaran barang yang akan diterima oleh pelanggan selepas pembayaran dibuat?

Order akan diproses dan dihantar kepada pelanggan dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja.

10. Bagaimana saya akan mendapat status barang yang telah dihantar?

Color Blast akan kemaskini tracking number selepas pembeli membuat bayaran melalui emel pembeli yang telah didaftarkan. Pembeli boleh click Track Your Parcel untuk memastikan bungkusan benar-benar telah dihantar.

11. Bagaimanakah saya boleh membuat replacement  bagi pembelian saya?

  • Replacement boleh dilakukan jika kehabisan stok, baju defect atau kesilapan dari pihak Color Blast
  • Maklumat untuk item replace perlu dihantar kepada email sales@colorblast.my berserta bukti bergambar dan order ID.

12. Berapakah tempoh masa replacement yang dibenarkan?

  • Pelanggan perlulah membuat replacement dalam masa 5 hari selepas menerima item order (lokal)
  • Pelanggan perlulah membuat replacement dalam masa 7 hari selepas menerima item order (antarabangsa)

13. Berapa lama tempoh untuk mengambil item di Butik Color Blast melalui order secara local pick up?

Semua order local pick up perlu mengambil item selewat-lewatnya 3 hari bekerja selepas pembelian bagi mengelakkan kehabisan stok.

14. Bagaimanakah cara sekiranya saya berminat untuk menjadi Agen atau PS Color Blast?

Anda boleh terus daftar di https://colorblast.my/how-to-be-our-agent/

15. Sekiranya saya membeli melalui Agen/PS, bolehkah saya berhubung terus dengan pihak Color Blast?

Sebarang masalah berkaitan pembelian melalui Agen/PS perlulah berurusan dengan Agen/PS sahaja.

15. Bagaimana mahu menggunakan ShopBack PayLater?

Kos pembelian anda dibahagikan kepada 3 ansuran tanpa faedah. Bayar hanya 1/3 sebagai bayaran pendahuluan dengan kad debit atau kredit, terima barang terlebih dahulu dan bayar selebihnya kemudian. Amaun baki akan ditolak secara automatik dalam tempoh dua bulan akan datang.